Stacks Image 42611
Stacks Image 42623

Alhamdulillah dipanjatkan segala pujian kehadrat Allah SWT yang telah memberikan peluang untuk merealisasikan hasrat untuk melahirkan satu wadah buat teman-teman terapis dan perawat perubatan tradisional dan komplimentari sebagai pemangkin dalam melaksanakan tugas yang murni kearah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan ruhani. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat keseluruhannya.

The Father of Medicine atau “Bapa Perubatan" dikenali oleh orang barat sebagai Hippocrates (460–370 BC) dan bapa anatomi moden Andreas Vesalius (1514–1564 AD). Masyarakat barat gigih memperkenalkan sumbangan dari kedua insan tersebut dengan puluhan risalah namun sumbangan dari tokoh-tokoh agama telah diketepikan. Kemudian terbit makalah-makalah sumbangan dari agama-agama lain seperti Veda dari agama Hindu dan Judeo-Kristian Injil dan Talmud. Namun sumbangan dari Abu Ali Al-Husain ibn Abdallah ibn Sina (Avicenna) telah dipinggirkan. Namun AlQuran dan AlHadith telah dapat memberikan pencerahan dan telah berjaya mengislamkan ribuan masyarakat saintis setelah terbukti kandungan mukjizatnya yang tidak terjangkau kebenarannya walaupun AlQuran itu turun ketika masyarakat dunia masih belum didedahkan oleh teori-teori sains.

AlQuran telah menyentuh perihal Anatomi dan Fisiologi jauh sebelum masyarakat saintis meneroka kehebatan tubuh manusia. Sebagai contoh AlQuran telah membicarakan sistem peredaran darah yang dikenali sebagai Circulatory System atau Cardiovascular System yang menjurus kepada peranan utama organ jantung pada tubuh manusia.

Firman Allah swt pada surah Qaf ayat 16,
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” Ayat ini dengan jelas merujuk kepada salah satu dari urat utama dalam sistem peredaran darah iaitu “Jugular Vein”.

Alhamdulillah kita bersyukur pada hari ini telah ada pelbagai kitab-kitab rujukan dalam ilmu perawatan yang bersumberkan AlQuran dan AlHadith.

Ilmu Anatomi dan Fisiologi tidak memerlukan kita menjadi doktor untuk memahaminya kerana iannya boleh dipelajari dengan berbekal kesedaran dan tanggungjawab sebagai perawat Islam. Semuga usaha kecil ini dapat memudahkan masyarakat perawat dalam pendakian ilmu dan kemahiran dalam perawatan.


Anatomi dan Fisiologi merupakan satu cabang ilmu sains yang penting dalam perawatan tradisional dan komplementari yang membolehkan seorang perawat memahami struktur dan fungsi tubuh manusia sejajar dengan kesempurnaan penciptaannya oleh Allah SWT.
Perawat yang jahil ilmu ini dan merawat dengan penuh ketidakpastian akan terdedah dengan kemungkinan melakukan kezaliman keatas pesakit yang dirawatnya. Dengan memahami ilmu ini, seorang perawat akan sedar betapa hebatnya penciptaan tubuh manusia dengan segala kesempurnaannya.

Ilmu yang padat dengan pelbagai istilah sains medik dan klinikal agak sukar dihadam dan difahami dikalangan perawat yang tiada asas ilmu kedoktoran konvensional. Maka kami telah mengorak langkah untuk memudahkan laluan kefahaman dengan menukarkan istilah-istilah tersebut kepada penerangan yang bersifat umum semampu mungkin. Namun, tidak semua istilah sains medik dapat diketepikan kerana ianya amat penting untuk dikenali dari sudut universal. Maka itu semua perawat perlu berani dan bersedia menerima istilah-istilah bahasa sains medik dalam mempelajari Anatomi & Fisiologi.

Lelaman ini juga akan memuatkan segment “TIDBITS” dimana pelbagai isu-isu semasa berkaitan dengan perawatan dan bahan rujukan buat para terapis dan perawat Perubatan Tradisional dan Komplementari.

Semuga lelaman ini dijadikan sebagai wadah untuk memperkasakan ilmu dengan mempelajari ilmu dari cabang sains yang tertua ini. Kita tak perlu menjadi doktor untuk mempelajari Ilmu Asas Anatomi & Fisiologi.

اللّهُمَّ عَلِّمنَا مَا يَنفَعُنَا، وَانفَعنَا بِـمَا عَلَّمتَنَا، وَزِدنَا عِلماً وَعَمَلاً مُتَقَبِّلاً بِرَحمَتِكَ يَا أَرحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Ya Allah ajarkan kami apa yang bermanfaat keatas kami dan berikanlah kemanfaatan atas kami dengan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami dan tingkatkanlah ilmu kami dan amalan kami yang Engkau redhai dengan rahmatMu yang maha Pengasih lagi Mengasihani.”

Abuhijama MY
Darulhidayah Medicare

darulmedicare-logo


ANATOMBUTTON

APAITUBKAF